Kos Daftar Sdn Bhd Anggaran kos daftar sdn bhd adalah diantara RM1500 sehingga RM3000 bergantung kepada pakej daftar sdn bhd yang diberikan oleh setiausaha syarikat anda. Walaubagaimanapun kos daftar sdn bhd ini adalah hanya permulaan dan sekali sahaja dalam menjalankan bisnes anda. Yang lebih penting adalah kos tahunan mengurus sdn bhd yang anda perlu tanggung selama mana anda menggunakan sdn bhd. Kos sdn bhd 1: Setiausaha Syarikat. Mengikut akta syarikat, anda wajib mempunyai setiausaha syarikat.Secara am, kos setiausaha syarikat ini diantara RM50 sehingga RM 200 sebulan bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh setiausaha syarikat. Kos sdn bhd 2: Akauntan Akta syarikat tidak mewajibkan anda melantik seoarang juru akaun. Kalau anda pandai boleh sahaja buat sendiri. Secara am kos bulanan bagi akauntan bermula dari RM 500 bulanan atau bermula dari RM 1500 jika anda ingin melakukan akaun tahunan sahaja Kos sdn bhd 3: Juru Audit Akta Syarikat mewajibkan anda mempunyaa...