Skip to main content

KOS DAFTAR SDN BHD

Kos Daftar Sdn Bhd

Anggaran kos daftar sdn bhd adalah diantara RM1500 sehingga RM3000 bergantung kepada pakej daftar sdn bhd yang diberikan oleh setiausaha syarikat anda. Walaubagaimanapun kos daftar sdn bhd ini adalah hanya permulaan dan sekali sahaja dalam menjalankan bisnes anda. Yang lebih penting adalah kos tahunan mengurus sdn bhd yang anda perlu tanggung selama mana anda menggunakan sdn bhd. 

Kos sdn bhd 1: Setiausaha Syarikat.

Mengikut akta syarikat, anda wajib mempunyai setiausaha syarikat.Secara am, kos setiausaha syarikat ini diantara RM50 sehingga RM 200 sebulan bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh setiausaha syarikat. 

Kos sdn bhd 2: Akauntan

Akta syarikat tidak mewajibkan anda melantik seoarang juru akaun. Kalau anda pandai boleh sahaja buat sendiri. Secara am kos bulanan bagi akauntan bermula dari RM 500 bulanan atau bermula dari RM 1500 jika anda ingin melakukan akaun tahunan sahaja

Kos sdn bhd 3:  Juru Audit

Akta Syarikat mewajibkan anda mempunyaai seorang juru audit. Kos juru audit bergantung kepada size bisnes anda. Lebih banyak transaksi lebih banyak kos juru audit.Anda perlu membayar juru audit secara tahunan dan kos bermula dari RM 1500 setahun. Kos ini akan meningkat jika jualan tahunan anda mencecah jutaan ringgit. 

Kos sdn bhd 4: Juru Cukai

Akta Syarikat tidak mewajibkan anda untuk melantik juru cukai tetapi kebiasaanya juru cukai akan dilantik disebabkan undang-undang cukai yang memerlukan kepakaran. Kalau salah, boleh kena penalti. Juru audit melakukan pemeriksaan terhadap laporan kewangan tetapi juru cukai pula melakukan submission cukai kepada LHDN. Jadi skop keduanya adalah berbeza. Kos juru cukai bermula dari RM1200. Kos ini juga akan meningkat jika anda mempunyai jualan tahunan yang tinggi. 

Kos sdn bhd 5: SSM

Syarikat Sdn Bhd perlu menghantar annual return dan juga audited account kepada SSM. Jika tidak dihantar atau lewat hantar, syarikat boleh dikenakan denda. Kos submission annual return dan juga audited account kepada SSM adalah RM150 setiap satu. 

Kos sdn bhd 6: LDHN

Setelah kiraan cukai dibuat oleh juru cukai, anda perlu membayar cukai. Tiada amaun boleh diberikan kerana ianya bergantung sepenuhnya kepada kiraan cukai anda. 

Pastikan anda telah mengambil kira kesemua kos tahunan sdn bhd ini sebelum daftar syarikat sdn bhd.  

Bacaan Lanjut:
Panduan nama syarikat Sdn Bhd
Cara Daftar Sdn Bhd Online
Kelebihan Sdn bhd
Promosi Daftar Sdn Bhd
Contoh Sdn Bhd


Popular posts from this blog

Pengalaman Daftar SSM

Daftar SSM Kebanyakan usahawan tidak tahu kepentingan untuk daftar perniagaan ketika mulakan bisnes. Mengikut Akta Perniagaan 2016 sebelum memulakan perniagaan mestilah mendaftarkan perniagaan. Jika tidak mendaftarkan perniagaan ianya adalah satu kesalahan dan boleh di dakwa di mahkamah. Jika sudah mendaftar perniagaan di SSM anda terselamat dari risiko denda dari SSM. Ada 2 jenis pendaftaran perniagaan iaitu daftar enterprise atau daftar sdn bhd. Enterprise Perniagaan enterprise ni bisnes dan business owner dikira sebagai 1 entiti dari sudut perundangan. Jenis enterprise ni, business owner mempunyai tanggungjawab penuh ke atas aset dan juga liabiliti syarikat. Maksudnya di sini, jika membeli kereta, rumah atau kemudahan untuk bisnes, business owner juga turut dapat menikmatinya.   TAPI, jika company mempunyai tunggakan hutang, bank akan cari dan kejar business owner.   Atau kata lain, segala untung, rugi, hutang, aset bisnes ditentukan oleh bisnes owner itu sendiri. Sdn bhd S...

Daftar ePerolehan MOF

 Pengenalan Daftar ePerolehan MOF ePerolehan MOF merupakan sistem perolehan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk pembekal yang berdaftar dengan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan secara atas talian. Objektif Daftar ePerolehan MOF Objektif utama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melaksanakan ePerolehan MOF adalah untuk: Merancang Perolehan Pemilihan Pembekal Pengurusan Kontrak Pengurusan Pembekal Kelebihan ePerolehan MOF Sistem perolehan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ini mempunyai banyak kelebihan. Sama ada pada pembekal yang berdaftar atau kepada kerajaan seperti berikut:  pembekal adalah dapat mengiklankan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dengan lebih mudah meningkatkan kualiti pembelian. menjimatkan kos operasi pagi pembekal dan pembeli kerajaan berdasarkan  tempoh masa yang singkat dan  sistem urus niaga yang mudah  membuka peluang menembusi...